Slideshow

.
.

Wednesday, August 3, 2011

Bukan Semua Remaja Bermasalah

Apabila disebut remaja, ramai yang meletakkan persepsi bahawa remaja adalah satu golongan yang bermasalah dan memberikan banyak masalah.Jarang kita dengar dikalangan masyarakat menyebut tentang kehebatan,kelebihan dan kebaikan remaja.Perkara ini terjadi akibat pendedahan oleh pihak media yang begitu meluas tentang segelintir remaja yang terlibat dengan masalah gejala sosial.

Persoalanya, adakah semua remaja bermasalah dan adakah semuanya tidak baik.Adakah golongan dewasa pada hari ini amat sempurna dan baik ketika zaman remajanya.Para pembaca sekalian, remaja adalah suatu zaman peralihan dari seorang kanak-kanak kepada dewasa.Banyak perkara yang hendak dan mahu diketahui oleh mereka.Mereka mahu mencuba seberapa banyak mungkin perkara yang mereka nampak dan tahu.Maka pada pandangan saya, golongan dewasa seharusnya memberikan panduan dan bimbingan tentang apa yang boleh dicuba dan tidak boleh dicuba.

Sepatutnya masyarakat yang terdiri dari kalangan keluarga,kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan mengangkat dan menyebutkan sentiasa kebaikan dan kehebatan atau perkara yang positif yang ada pada mereka.Saya bersetuju memang ada remaja yang terlibat dengan masalah sosial tetapi sekiranya kita pada hari ini hanya sering dan suka menyebutkan perkara-perkara negatif yang dilakukan oleh remaja, maka remaja tetap akan meneruskanya kerana mereka menganggap orang dewasa hanya tahu dan menganggap mereka tidak baik.
Sebagai contoh paling mudah, kenapa remaja pada hari ini terlibat dengan gejala merempit,pada pandangan saya antara sebab utama mereka terlibat dengan gejala merempit ialah untuk mendapatkan perhatian, ini dapat dilihat dengan jelas apabila tidak ada dikalangan mereka yang merempit seorang diri kerana mereka mahukan perhatian kawan-kawan bagi menunjukkan kehebatan.Selain itu perlakuan yang tidak bermoral seperti Vandalisme, Samseng,Buli,Mencuri,Penagihan Dadah,Seks Bebas dan banyak lagi akibat daripada remaja yang tidak diberikan perhatian sewajarnya yang akhirnya menyebabkan mereka terlibat dengan gejala sosial.

Remaja memang perlukan perhatian seperti mahu dihormati dengan kehebatan yang ada padanya,diberikan penghargaan dan diberikan pujian terhadap perkara yang mereka lakukan serta diberikan kasih sayang yang sewajarnya.Sekiranya kita tahu bahawa inilah kehendak remaja, maka kita perlu menunjukkan jalan yang sesuai dan aktiviti yang positif untuk mereka mendapatkan perhatian dengan cara yang betul.

Memang menjadi lumrah manusia mahukan perhatian, contoh paling mudah ialah apabila seorang kanak-kanak yang menangis tanpa sebab tetapi diam setelah ibu bapanya mendukungnya dan bermain denganya.Sejak dari kecil, ramai ibu dan bapa sering melarang anak-anak mereka bermain itu dan ini tetapi tidak memberikan alternatif lain sebagai ganti terhadap perkara yang dilarang.Tidak banyak yang dimahukan oleh seorang remaja selain perhatian dan ditunjukkan manakah jalan manakah yang benar dan salah. 

Saya sebagai seorang remaja pun sering tertanya-tanya kenapa jarang kita lihat masyarakat menghargai,mengiktiraf atau memuji perkara yang positif yang dilakukan oleh remaja.Tetapi apabila satu sahaja kesalahan yang dibuat, maka seluruh remaja dihukum tanpa belas kasihan.Ini adalah tidak adil bagi remaja-remaja lain yang baik sikap dan tingkah lakunya, golongan dewasa pada hari ini seharusnya menunjukkan jalan yang sebenar dan yang sepatutnya dilalui oleh seorang remaja sekiranya mereka melalui jalan yang salah.
Jangan hanya tahu menghukum mereka dan menyebutkan kesalahan mereka. 

Golongan dewasa seharusnya bertanya kembali kepada diri sendiri adakah mereka sudah memberikan dan menunjukkan jalan yang sebenar kepada golongan remaja.Saya sebagai pekerja belia yang terlibat secara langsung dalam program pembangunan belia dan sentiasa berhubung dengan remaja atau belia mendapati jarang sekali berjumpa dengan ibu bapa yang datang bertanyakan apakah program atau aktiviti yang boleh diikuti oleh anak-anak mereka.Sebaliknya saya sendiri terpaksa mencari remaja untuk mengikuti program bagi mengisi masa mereka yang terluang.

Bahkan saya sendiri pernah dimarahi oleh ibu bapa yang tidak mahu anaknya terlibat dengan program-program yang kami anjurkan.Antara contoh program yang paling mudah untuk diambil ialah PLKN, kenapa masih ada ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak-anak mereka mengikuti program yang amat baik untuk remaja pada masa lapang mereka.Persoalan yang sering bermain di minda saya ialah, adakah ibu bapa pada hari ini hanya mahu anak-anak mereka sentiasa berada dirumah tanpa didedahkan dengan dunia luar yang mempunyai banyak perkara yang boleh dipelajari oleh mereka.

Maka terjadilah kejadian remaja yang lari dari rumah dan remaja yang terlibat dengan gejala sosial yang melampau,perkara ini terjadi akibat remaja yang sudah lama dikongkong dan memberontak apabila mendapat peluang.Masyarakat pada hari ini juga mesti sedar bahawa cabaran untuk remaja pada hari ini adalah tidak sama dengan cabaran remaja pada 20 atau 30 tahun yang lalu dan remaja amat memerlukan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk jatidiri dan semangat mereka.Tidaklah menjadi suatu kesalahan untuk remaja terlibat dengan aktiviti luar, tetapi ibu bapa mestilah mengawal mereka dengan menunjukkan aktiviti yang postif dan yang baik untuk mereka.Sebenarnya terdapat banyak aktiviti berfaedah yang boleh diikuti oleh remaja yang dianjurkan oleh pihak kerajaan seperti Kementerian Belia dan Sukan melalui Program Rakan Muda dan sebagainya.

Seharusnya ibu bapa yang mencarikan untuk anak-anak mereka aktiviti berfaedah yang boleh diikuti dan bukan hanya menunggu aktiviti yang datang kepada mereka.Saya sebagai pekerja belia sering berjumpa dengan ibu bapa yang menyalahkan pihak kerajaan yang tidak membuat promosi tentang program dan aktiviti remaja yang diadakan.Para pembaca sekalian, adalah mustahil untuk pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk menceritakan semua program yang akan berlangsung melalui media massa.Seharusnya masyarakat pada hari ini mencari dan bertanya tentang aktiviti yang berguna dan bermanfaat untuk remaja.Kalaupun tidak ada, maka pihak yang berkenaan akan berusaha untuk mengadakanya disebabkan ada permintaan.

Maka inisiatif oleh pihak ibu bapa adalah amat diperlukan, jangan hanya tahu salahkan remaja apabila mereka terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral kerana kita tidak pernah menunjukkan aktiviti yang bermoral untuk mereka ikuti.Remaja akan menjadi marah dan kecewa apabila hanya sering mendengar perkataan negatif yang dilemparkan kepada mereka seperti malas,degil,kurang ajar,tidak bermoral,menyusahkan orang dan banyak lagi perkataan negatif  yang lain dan akhirnya menyebabkan remaja merasa tertekan dan rendah diri untuk membuat perkara yang baik.

Adakah semua perlakuan remaja pada hari ini adalah tidak elok dan jahat.Sepatutnya pada hari ini, golongan yang lebih dewasa memberikan mereka dorongan dengan menyebutkan perkataan yang positif seperti kamu boleh,pandai,hebat,baik hati,bersopan santun dan sebagainya sebagai galakan kepada mereka.Ibu bapa pada hari ini perlu tahu dan sedar bahawa ungkapan atau kata-kata mereka adalah doa.Kalau doa yang negatif sahaja yang disebutkan maka itulah yang akan terjadi.Dan menurut kajian oleh Michael J.Loisier didalam bukunya yang bertajuk “Law of Attraction” ada mengatakan bahawa perkataan yang sering disebutkan dan didengari oleh kita adalah afirmasi yang paling berkesan untuk mengubah sikap dan perangai seseorang.

Memang benar remaja ada melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi itulah proses untuk mematangkan diri mereka,dan tidaklah  salah untuk menghukum mereka asalkan ditunjukkan jalan yang sebenar sebagai panduan untuk mereka kembali ke jalan yang sebenar dan baik.Saya tidak ingin mengatakan bahawa ini semua adalah salah ibu bapa semata-mata, tetapi keseluruhan masyarakat seluruhnya.Saya juga tidak menafikan ada remaja yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat tetapi sebagai orang dewasa mereka haruslah mencari kaedah yang terbaik untuk menegur remaja,tidak semestinya dengan marah malah mesti menggunakan cara yang bijaksana dan cara yang baik, maka saya yakin dan percaya remaja boleh berubah.

Saya mewakili remaja-remaja yang lain ingin meluahkan hati dan rasa kepada seluruh masyarakat bahawa janganlah hanya tahu menghukum kami sekiranya kami melakukan kesalahan tetapi berilah juga kepada kami panduan dan tunjuk ajar yang sebenar kepada kami, mungkin kami tersilap tetapi bukan bermakna kami sengaja untuk melakukan kesilapan yang sama.Kalau seluruh masyarakat terus menghukum kami, maka kami merasakan tidak ada ruang lagi untuk kami membuktikan bahawa kami juga berguna kepada Agama,Bangsa dan Negara.

Memang benar sikap kami adalah sentiasa ingin tahu dan mencuba, maka tunjukkanlah kami apa yang kami patut lakukan dan yang tidak boleh kami lakukan.Bukan menghukum kami setelah kami melakukanya.Bukan kami tidak tahu  berfikir, tetapi kadang-kadang kami tidak mampu untuk menilai mana yang baik dan yang buruk dek kerana keseronokan yang dirasai serta pengalaman yang sedikit.Oleh itu bantulah kami,jangan hanya menghukum kami,tunjukkan juga kami jalan yang baik dan berilah peluang kepada kami untuk membuktikan kebaikan dan kelebihan yang ada pada kami.Berilah penghargaan dan pujian kepada kami sekiranya kami ada melakukan perkara yang baik, bukan kerana tidak ikhlas tetapi inginkan sedikit suntikan semangat dan galakan untuk terus membuat kebaikan dan dicontohi rakan.Nescaya kami akan cuba sedaya upaya kami untuk menaikkan nama negara dimata dunia kerana kami tahu kami adalah pewaris negara dan bakal pemimpin pada masa akan datang.Maafkan kami terhadap kesalahan yang kami lakukan dan bantulah kami.

Penulis :
Suhail Bin Mohamed amaruddin
Jurulatih Kebangsaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur

Nasihat Imam Al- Ghazali

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak- kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya..

Imam Ghazali, ulama besar dalam peradaban Islam, banyak berjasa melalui kulliyyah dan penulisan karyanya yang banyak mencetus revolusi umat Islam.

Tuesday, August 2, 2011

Protokol Ke-10 Yahudi


1. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. Jika ada anak-anak yang tak tau mengucap tetapi boleh menghafal lagu Hindustan atau Inggeris yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah, tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa. Berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana, di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah. Kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex. Filem 18SX amat laris berbanding filem U. VCD lucah mudah didapati dan harganya amat murah. Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah.....


3. Smoke....
Rokok. Menjadi kegilaan para remaja sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja ataupun penari kabaret (aku tengok dari filem P Ramlee). Ciss yahudi... berjaya lagi kamu.... (Jom ramai-ramai kita jayakan
kempen anti rokok)

4. Sport...
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan, hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss. Bukan yang bermain sahaja tak sembahyang, yang menonton pun tak sembahyang juga. Kalau menonton di rumah, akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi.... Sampai ada ulamak kata, kerana sukan, sembahyang boleh tangguh. Masya-Allah...


5. Fun..
Hiburan. Di mana-mana pun kita dapat hiburan yang melalaikan. Kalau kita lihat dalam 100 majalah, mungkin 99 adalah majalah hiburan. Kalau ada konsert, sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang. Dan bila ke konsert, pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6. Female...

Perempuan. Tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan, terutama dalam iklan. Iklan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan, tapi tetap menggunakan perempuan sebagai penarik. Kalau kita ke kedai bateri kereta, di hadapan bateri terpampang gadis dengan pakaian tidak menutup aurat beraksi. Apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? Yahudi bersorak lagi.....

7. Fashion....

Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. Sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang sampai menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah. Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan. Bila warnakan rambut, mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung, bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan, sembahyang pun tak sah, malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air. Itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

8. Food...
Lagi satu kegilaan umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD , KFC , Pizza Hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah seolah dipandang hina. Masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan je. Tapi makanan Barat menjadi kebanggaan. Bila makanan datang dari Barat, adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky, rempahnya datang dari Amerika. Siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap. Maka lahirlah umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...

4S dan 4 F. Itu baru protokol yang ke 10 dari 24 protokol semuanya. (Protokol Yahudi adalah satu perancangan terperinci dan teliti, ianya adalah hasil satu kongres Yahudi antara bangsa yang telah berlangsung di bandar Bal di Swizland pada tahun 1897, yang dipengurusi oleh Teodur Hardzal). Protokol yang lain-lain entah macam-macam lagi.


Monday, August 1, 2011

Cukuplah MATI sebagai peringatan bagiku

Assalamualaikum..
Pada 2 hari yang lepas, saya dan rakan-rakan telah dikejutkan dengan kematian seorang insan yang amat kami kenal dan rapat akibat kemalangan. Saya amat mengenali arwah sebagai seorang manusia yang baik dan suka membantu orang lain. Kali terakhir saya berjumpa arwah ialah di Forum Generasi Muda, Seremban. Dan kali terakhir saya melihat arwah apabila saya mengangkat jenazah keluar dari peti simpanan jenazah di Bilik Mayat Hospital Kuantan untuk dimandikan,dikafankan dan disembahyangkan. Ketika saya melihat arwah, tiada gambaran yang saya boleh berikan kecuali rasa sayu dan sedih mengenangkan kebaikan arwah pada saya.

Arwah amat berharap yang saya akan ke Asian Youth Forum di Incheon, Korea pada bulan Ogos ini dan telah bersusah payah mendapatkan peruntukan bagi menampung kos tiket saya ke sana. Insya Allah usaha arwah untuk memberikan saya peluang ini tidak akan sama sekali saya persiakan. Saya akan buktikan bahawa harapan arwah untuk saya berbaloi. Inilah mungkin sumbangan terakhir yang saya boleh berikan kepada arwah sebagai menghargai jasa baik beliau. Semoga Allah mencucuri Rahmat dan Kasih Sayangnya kepada Allahyarhamah Azlina Fadzlon binti Mohd Amin dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah..

Dari Allah Kita Semua Datang Dan Kepada Allah Jualah Tempat Kita Kembali

Lapangan terbang yang paling bahaya






Apa yang saya mahu kongsikan dalam blog ini?

  1. Sains dan Al-Quran
  2. Tip-tip bijak berucap
  3. Tip-tip pelajar cemerlang
  4. Motivasi untuk remaja/belia
  5. Gambar2 menarik dan unik untuk dilihat
  6. Apa sahaja fakta2 menarik dan berguna.

Sunday, July 31, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Tidak dinafikan Ramadhan menjadi sebab kebanyakkan manusia boleh sedar dan insaf. Apabila jiwa mereka mula terkesan dengan kehadiran Ramadhan, hati mereka mula khusyuk menghayati bacaan al-Quran. Tingkah laku mereka mula berubah dan perangai mereka tidak seperti sebelumnya.

Maksud firman Allah :
"Inilah bulan ramadahan, iaitu bulan yang diturunkan al-Quran sebagai hidayah petunjuk bagi manusia" – al-Baqarah :185

Sewajarnya seluruh umat Islam menjadikan Ramadhan sebagai peluang untuk mengubah akhlak, tekun beribadah, mula berjinak-jinak dengan al-Quran, meninggalkan perbuatan maksiat yang dilakukan sebelum ini, mengeratkan silaturahmi dan banyak melakukan amalan sunnah yang lain.

Jangan Biarkan Walau Satu Saat Hidup Kita Tanpa Amalan Yang Baik