Slideshow

.

Monday, August 1, 2011

Cukuplah MATI sebagai peringatan bagiku

Assalamualaikum..
Pada 2 hari yang lepas, saya dan rakan-rakan telah dikejutkan dengan kematian seorang insan yang amat kami kenal dan rapat akibat kemalangan. Saya amat mengenali arwah sebagai seorang manusia yang baik dan suka membantu orang lain. Kali terakhir saya berjumpa arwah ialah di Forum Generasi Muda, Seremban. Dan kali terakhir saya melihat arwah apabila saya mengangkat jenazah keluar dari peti simpanan jenazah di Bilik Mayat Hospital Kuantan untuk dimandikan,dikafankan dan disembahyangkan. Ketika saya melihat arwah, tiada gambaran yang saya boleh berikan kecuali rasa sayu dan sedih mengenangkan kebaikan arwah pada saya.

Arwah amat berharap yang saya akan ke Asian Youth Forum di Incheon, Korea pada bulan Ogos ini dan telah bersusah payah mendapatkan peruntukan bagi menampung kos tiket saya ke sana. Insya Allah usaha arwah untuk memberikan saya peluang ini tidak akan sama sekali saya persiakan. Saya akan buktikan bahawa harapan arwah untuk saya berbaloi. Inilah mungkin sumbangan terakhir yang saya boleh berikan kepada arwah sebagai menghargai jasa baik beliau. Semoga Allah mencucuri Rahmat dan Kasih Sayangnya kepada Allahyarhamah Azlina Fadzlon binti Mohd Amin dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah..

Dari Allah Kita Semua Datang Dan Kepada Allah Jualah Tempat Kita Kembali

0 comments:

Post a Comment